Saturday, 19 July 2014

Mengapa Anda Perlu Insurans/Takaful Kemalangan Peribadi?

Hampir setiap hari kita mendengar dan membaca berita mengenai kemalangan jalan raya di media massa. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ini kebanyakannya adalah penunggang motorsikal. Malah risiko mereka terlibat dalam kemalangan juga amatlah tinggi.

Seperti baru-baru ini kes kemalangan maut yang melibatkan pasangan suami isteri yang menunggang motorsikal di mana mereka menjadi mangsa sebuah kenderaan yang secara tiba-tiba membelok seterusnya melanggar motor yang dinaiki pasangan terbabit seterusnya terjatuh di bawah sebuah lori yang kemudiannya menggilis badan isteri penunggang tersebut.

Penunggang motorsikal sering kali menjadi mangsa nahas maut di jalan raya kerana mereka perlu berdepan dengan pemandu kereta, lori dan bas. Ramai yang takut apabila mendengar dan melihat tragedi tragis sebegini. Namun adakah kita pernah terfikir untuk mempersiapkan diri dengan perlindungan tambahan seperti insurans/Takaful kemalangan diri untuk melindungi diri dan orang yang tersayang. Dapatkan info berkenaan Pelan Perlindungan & Perubatan daripada AIA PUBLIC TAKAFUL BHD. Hubungi/sms 0125793329.


No comments:

Post a Comment